Pages

Friday, August 26, 2011

Betulkah Kita Tidak Menanggung Dosa Orang Lain??

Bismillahirrahmanirrahim.....
Telah tersebar satu fahaman bahawa manusia tidak menanggung dosa orang lain. Lalu ramai orang berpegang pada fahaman ini dengan menggunakan ayat di bawah:

….dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.? (Surah al-An`am 6:164)

Ayat ini sebenarnya membawa maksud seseorang yang melakukan dosa sendiri hanya akan menanggung dosa itu sendiri, orang lain tidak akan bertanggungjawab terhadap dosanya. Sebagai contoh anak zina tidak menanggung dosa zina oleh ibu bapanya.


Ayat ini juga merupakan hujah yang jelas kepada kaum kristian yang menganggap setiap anak yang baru lahir adalah berdosa kerana terpaksa menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Disebabkan itu mereka menyangka bahawa setiap anak yang baru lahir kemudian mati sebelum sempat bertaubat akan dimasukkan ke dalam neraka kerana anak itu dipenuhi dosa. Kenyataan ini benar-benar bercanggah dengan Islam.
Dalam Islam anak yang baru lahir adalah suci dari dosa. Meskipun anak zina atau anak orang kafir sekalipun. Namun apabila ayat ini disalah tafsirkan maka terbentuklah satu fahaman yang salah. Dan fahaman ini mungkin boleh menyesatkan. Mereka yang salah memahami maksud ayat ini mula menyangka bahawa:

Pemimpin tidak perlu menanggung dosa rakyat yang dibiarkan dalam maksiat,
Suami tidak perlu menanggung dosa isterinya,
Ayah tidak perlu menanggung dosa tanggungannya,
Sahabat tidak perlu menanggung dosa sahabatnya yang berbuat jahat atas permintaannya,
Wanita tidak perlu menanggung dosa orang lain yang melihat aurat yang sengaja dipamerkannya.

Kesemua fahaman ini adalah salah! Ayat di atas bertentangan dengan surah Al-Ankabut ayat 13:
 Dan sesungguhnya mereka akan memikul dosa-dosa mereka, dan dosa-dosa yang lain di samping dosa-dosa mereka sendiri itu…

Bagaimana ini boleh berlaku?
Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi menjelaskan:
Misalnya, saya datang kepada seorang yang tidak tahu minum arak, lalu saya pun memujuk dan merayunya hingga akhirnya ia ikut saya dan minum arak, ia tetap berdosa kerana ia telah bermaksiat kepada Allah dan telah minum arak. Dan saya juga berdosa, kerana saya telah menyesatkannya dan memujuknya untuk melakukan maksiat. Kalau tidak kerana pujuk rayu saya, tentulah dia tidak tahu minum arak itu.

Dari sini jelaslah, bahawa ayat pertama dimaksudkan dengan orang yang sesat dirinya sendiri, atau salah dirinya sendiri (Contohnya, minum arak seorang diri, tanpa ajak orang lain, maka dosa minum arak itu dosanya sendiri, orang lain tidak berdosa).

Adapun ayat kedua pula dimaksudkan dengan orang yang menyesatkan orang lain dari jalan Allah Taala, sebab itu ia juga akan menerima nasib yang sama seperti yang dilakukan oleh orang yang disesatkannya itu (contohnya, dia minum arak, tapi bukan sendirian, malah ajak lagi teman-temannya yang lain ikut sama minum arak, maka dia berdosa dan akan pikul dosa teman yang dia ajak itu).

Hujah bahawa pemimpin, ayah dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”. – Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad.

“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu adalah bertanggungjawab terhadap kepimpinan itu” – Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Shahih Bukhari dan Muslim.

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa sesungguhnya Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk (hidayah), maka baginya ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun, dan barangsiapa yang mengajak kepada dhalalah (kesesatan), maka (dibebankan) ke atasnya dosa sama seperti dosa orang yang megikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun”.
[Hadis Sahih Riwayat Muslim]

Contoh:
Berzina adalah berdosa. Yang menanggung dosa berzina itu ialah penzina itu sendiri. TETAPI apabila aktiviti zina itu dijadikan sebuah video lucah, terdapat beberapa orang lain perlu menaggung dosa kerana terlibat melakukan dosa seperti berikut:
1: Perakam video ~ Berdosa kerana merakam aktiviti zina.
2: Penjual ~ Berdosa kerana menjual video yang haram.
3: Penonton ~ Berdosa kerana menonton video lucah.

Dan si penzina tadi perlu menanggung dosa setiap orang yg melihatnya kerana dia membuatkan orang lain cenderung melakukan maksiat. Hal ini ada dijelaskan dalam hadis Rasulullah:
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian .”
(Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain Rasulullah menyebut: “Sesiapa yang membantu mempertahankan kezaliman, maka dia akan berada dalam kemurkaan Allah, sehinggalah dia meninggalkannya”. (Riwayat Ibnu Majah)

Saya beri satu contoh lagi:
Minum arak adalaha berdosa. Tetapi bukan hanya si peminum arak sahaja yang berdosa kerana arak itu, tetapi 10 golongan lain juga perlu menanggung dosa.
“Daripada Anas Bin Malik, dia berkata : Rasulullah s.a.w telah melaknat yang berkaitan dengan arak 10 golongan : iaitu yang memerahnya , yang meminta diperahkan, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dibawakan arak kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikannya” (HR. at-Tirmidzi)


Wallahualam.....

Pohonlah keampunan dari-Nya..semoga kita dihindarkan dari gangguan syaitan dari melakukan dosa-dosa..

~kredit Blog WanWma~

No comments:

Post a Comment