Pages

Wednesday, January 2, 2013

.2012 & 2013 Kedukaan diganti sinar gembira

Assalamualaikum w.b.t

Selamat memasuki tahun baru 2013. Semoga segala azam dan perancangan 2012 dicapai dan 2013 dimulakan dengan langkah baru..sama-sama memperbaiki kelemahan diri sendiri,kuatkan iman menempuh onak kehidupan ini.

Syukur masih diberikan kesempatan bernafas di bumi Allah ini. Semoga aku dan semua ahli keluargaku berada dibawah lindungan serta rahmat Allah s.w.t..

2012 pergi meninggalkan suka dan duka..Semuanya ditempuh dengan tabah dan penuh keredhaan, menerima takdir Qada' dan Qadar..kita hanya merancang dan berusaha, hanya DIA yang mengetahui dan sebaik2 perancang.

2 hari selepas pemergian arwah makcik menemui Penciptanya, sepupuku selamat melahirkan baby boy yang superb besar..4.6kg tuh!!tahniah dah bergelar ibu dan semoga menjadi ibu yang baik. Kehadiran superb baby nie sedikit sebanyak menceriakan keluarga mereka yang baru sangat kehilangan orang tercinta. Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang beriman dan taat kepada agamanya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Kuasa..DIA yang memberi kedukaan dan DIA jugalah yang menggantikannya dengan kegembiraan..

Subhanallah..

 Arwah mak dan makcik..Ya Allah,cucurilah rahmat ke atas mereka..

Sepupu dan arwah makcikku serta superb baby