Monday, December 31, 2012

~Penutup 2012~

Assalamualaikum w.b.t..

Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang..

Ingatkan kehilangan bonda tercinta pada 23 November 2012 merupakan penutup tahun 2012 dalam keluarga ku..rupa-rupanya ada lagi kisah duka sebelum berlabuhnya tirai 2012..

Pada 27 Disember 2012 sekali lagi kami kehilangan insan tersayang..Makcik @ adik arwah mak yang sakit (dalam entri sebelum nie) pula menemui Penciptanya..tak sampai 44 hari arwah mak pergi, dia pula menyusul. Sudah takdirnya..kami redha..cuma tidaklah disangka secepat ini..

Anak sulung arwah makcik yang sarat mengandung melahirkan anaknya 2 hari selepas kematian arwah. Memang indah perancangan-Mu Ya Allah..sempatlah dia memandikan arwah maknya dan uruskan segala urusan pengebumian. Patutlah tak bersalin-salin walau dah lebih dari due date. Sesungguhnya Allah itu Maha adil..Dia tarik satu dan bagi satu kepada keluarga arwah..



gambar terbaru dan terakhir - ketika perkahwinan ku

menyambut hari jadi bersama arwah mak
 
Al-Fatihah..semoga arwah makcik @ anyang ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh..Amin..

Friday, December 7, 2012

~2012..Suka dan Duka~

Assalamualaikum..lama rasanya tidak mencoret di laman nie..last Jun haritu..pastu memang tak pernah bukak lagi..dalam tempoh 6 bulan nie je mcm2 yang berlaku..tulah..hidup nie hanya sementara. esok pasti ada, tetapi esok belum pasti untuk kita..

2012 bakal menutup tirai..2013 bakal menjelma pula..apa yang bakal terjadi..Waallahu'alam..DIA yang Maha mengetahui segalanya.

2012 meninggalkan banyak kenangan,memori dan episod sedih dalam diari hidup nie..

Segalanya bermula dengan kegembiraan, perancangan yang teratur dan di akhirnya episod sedih bermula..
Subhanallah..Maha Suci Allah..sesungguhnya tidak sekali2 Allah menduga makhluknya melainkan dia mengetahui mereka boleh menerimanya..

Seawal tahun 2012 semuanya bermula seperti dirancang..sepupuku yakni merangkap adik beradik sesusu melangsungkan perkhawinan..Alhamdulillah dalam kesibukan itu dan ini, majlis dia berjalan dengan lancar..

Merangkak Mac 2012, aku pula menukar title Cik kepada Puan..dan syukur ke hadrat Ilahi, semua juga berjalan lancar..terima kasih ya Allah!

2012 diteruskan seperti biasa..msuk Jun 2012 mak mengadu Tiroid di lehernya makin tak selesa kerana makin membesar dan menyukarkan dia nak makan. So kami adik beradik plan bwak ke Hospital Putrajaya sebab aku kerja kat sini dan ramai kakak2 lain pun tinggal area sini jugak..
Dari situ bermulalah rawatan untuk mak..biasalah, masa jadi lama sebab nak dapatkan tarikh appoiment dan sebagainya..mak dah bermusafir di rumah aku on dan off bila takde appoiment akan balik kampung.

Julai 2012 aku pulak alah2 yang teruk sbb pregnant..dalam cbuk2 uruskan maknye tarikh dan rawatan ke hospital..sepanjang alah tu aku dah macam kain buruk..makan takmo,minum pun idak..mak plak yang jaga aku..mujurlah..

Itu ini, itu ini, bulan 10 baru mak dapat tarikh untuk bedah buang tiroid nya tu..Waktu tu doc cuma cakap maybe kanser sebab mak dah bwak lebih 30 tahun tiroid nie kat leher dia..disebabkan ingat bila buang benda besaq kat leher tu mak akan dapat makan seperti normal, kami bersetuju pembedahan dilakukan..

2/10/2012 pembedahan selama 6 jam berjaya dilakukan untuk membuang benjolan di leher tu..cantik dah leher mak..
tapi..mak still tak bleh makan..terpaksa pakai tiub masuk ikut hidung untuk makan..hanya leh bagi susu..dan mak asik terbatuk2 keluarkan air liur..masuk minggu ke 2 selepas operation, dia still mcm tu dan tkde ape2 perubahan positif..hari ke hari mak mengadu sakit..

3 minggu selepas mak operate, doc panggil kami bgtau kanser yang mak hidap tu jenis yang paling jahat dan merebak paling cepat..ANAPLASTIC TIROID CANSER. namanya cm baik, tapi merebak dengan cepat pada pengidapnya..
Mula2 doc cadang wat RAI (Radio Active Iodin) pastu tak jadi sebab kanser tu dah g ke paru-paru. Doc cadang plak wat Radio Terapi di HKL..tapi kena tunggu Q dan tarikh dari HKL..

Dalam tempoh tunggu dapat date dari HKL, mak tak semakin baik..tengok mak tak selesa dengan tiub di hidung, kami cadangkan tiub di perut (PEG tube) bagi mak makin selesa..tapi kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan..

Seminggu pas pakai PEG tiub, mak pergi buat selama-lamanya..tanpa sempat rawatan susulan..pergi berjumpa Maha Pencipta..Innalillah..

Dalam tempoh arwah mak sakit, adik arwah mak yakni makcik aku pula sakit..disahkan kanser salur hempedu..sekarang masih di Hospital Selayang, baru wat pembedahan. dia yang sebelum nie tak pernah sakit dan masih kuat, tup2 dapat kanser..aku doakan makcik akan sembuh dan anak2nya tabah mengharungi dugaan ini.

Sesungguhnya semua yang terjadi nie dah tertulis dari awal oleh-Nya.Kita sebagai hambaNya kena menerima dugaan yang datang dengan sabar..

Walaupun sedikit terkilan sebab mak tak sempat tengok cucu dia yang dalam peyut nie, tapi aku bersyukur sebab Allah memberi peluang aku menjaga arwah mak semasa dia sakit..yang mana bukan semua orang dapat peluang tu..

Kalau kita fikir kita nye ujian dah berat, ingatlah ada orang yang lagi berat tanggung ujian dalam hidupnya. Allah tahu yang terbaik buat hamba-Nya.


Dan aku terpikir jika semua episod duka ini terjadi di awal tahun 2012, pasti selepas itu tiada cerita gembira untuk dikongsikan lagi tahun 2012..sesungguhnya cantik dan indah perancangan Allah untuk hambaNya..Subhanallah..

Semoga arwah mak tenang bertemu Penciptanya di sana..hanya doa dapat diberikan untuk kedua orang tua ku..Amin Ya rabb..


 Al-Fatihah..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah mak