Tuesday, September 13, 2011

3 KaTa

Wo ai ni…i love you… Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo…aishiteru…
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut…

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta…

Wo ai ni…I love you…
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo…aishiteru…
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut…

Katakan cinta…cinta kamu
Katakan cinta…cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah….

Dalam kesibukan…
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur…
Tak rasa berbangga …
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar

Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun..
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan…
Sekarang luahkan….










Katakan cinta…cinta kamu
Katakan cinta…cinta
Aku cinta padamu…
Wo aini..i love you….

~Song by K.R.U.~

Cukai Prabayar Ditangguh

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian di Angkasapuri di sini, semalam.Haaa..tau pun nak tangguh kan bila orang dah kecoh-kecoh..apepontakbleh!!len kali dorang nie kena la pikiaq dalam-dalam sebelum buat keputusan..nie main hamtan je..banyak tu 6% sekali topup..kalau topup RM60 mau dh kena cas RM3.60..hemoh2 betul la syarikat telco nie..nak untung je..kadang-kadang yang buat keputusan nie semua bos-bos besaq kan..dorang manela pakai topup-topup nie..semua company tanggung..itu yang ikut sukesuki je nak cas ape-ape..
“Selepas mengadakan perundingan dengan syarikat telekomunikasi utama yang terbabit dengan isu cukai perkhidmatan, semuanya bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.(Sumber Harian Metro)


ini pun tak tau la tangguh sampai bila..kita tunggu dan lihat..harap-harap lama la kan..;D

Friday, September 9, 2011

Amacam Raye??

Assalamualaikum wbt..

Mood raye??tkde mood??hehe..biasala kan..cuti panjang bila masuk opis kemain liat la nk bangun pepagi..then g opis..semua orang macam tu kot!janganla kata ade yang tak suke bercuti dan berkobar2 nak pegi opis. Melainkan ade awek/balak satu opis. Tang tu memang dialah sorang-sorang yang xcited tahap gaban nak ke keje..almaklumlah..dah tinggal seminggu buah hati kan..hakktuii..(nyampah kalau ade org mcm ni)

So cmne cuti raye korang??yang paling best tang makan2 la kan..macam-macam makanan ade..bila timbang berat badan..masyaallah..naik dah??buat2 terkejut dan menyesal makan macam2 kan??kan??alah pompuan semua macam tu..time puasa haritu kemain seronok dan gebang lah berat badan turun 3 kilo..tapi bila cuti seminggu je,naik 3 kilo senyapppp terus!!haha..
kaki gajah gagah sapekah ini

Napela jadi macamtu ek??aku pun sama..So nak cover balik, stat minggu ni masuk je keje aku terus berpuasa ganti(dahulukan yang wajib ek!) bersekali dengan Sunat..Insyaallah dan Alhamdulillah dah masuk hari ke 5..Esok sehari lagi sebelum raye kali kedua..keh2x..nie yang takot nie..asal sebut nak raye je mula la teringin nak makan nasi impit kuah kacang la..kuah lontong la..sate lg..ayooo..ini puasa seminggu pun tarak guna la macha!tapi takpe..saye akan mengawal tahap pemakanan saye selepas ini!cayok!cayok!yakin BULEH!!!;p

sedap dpt mkn neh!

Rasenye tiap-tiap tahun la mengalami nasib macam nie..terutamanya bagi kaum hawa lah..nak-nak yang ala-ala menjaga badan tapi NAN HADO!!hukhuk..:(

So tahun ni korang ade dapat duit raye tak??tahniah la pada yang umur dh masuk senja pun masih dapat tu ek..murah rejeki korang..bagi yang tak dapat tu..janganlah sedey(ayat utk diri sendiri)..koarang tak dapat sebab korang dah banyak memberi..INGAT!TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA..so fair n square la kan..mudah-mudahan berkatlah ape yang kita bagi tu..Insyaallah..

Minggu ni mesti ade open horse hauus kan??jaga-jaga makan tu..jangan main hantam ambik je..nanti balik umah mula la nyesal lagi..pastu sakit perut la bagai..korang gak yang susah..

So ape-ape pun selamat lah mengunjungi open hauus yang ada..doa-doa moga tahun depan kita semua dipanjangkan umur dan bertemu dengan bulan Ramadhan, Syawal sekali lagi..
Insyaallah..Ameen

Adakah Kita Sedang ‘Share’ Dosa Bersama-sama?

Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.

Katakan ini gambar anda.



Kemudian, anda letak di Facebook.
Ada 134 orang yang Like. Ehh, tu belum termasuk yang tengok gambar tu tapi tak tekan Like, sekadar tengok je. Katakanlah jumlah orang yang tengok tu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.
Okay. Mari kita mulakan kiraan.
Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita tu ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita. Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.
Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,
100 000 x 300 = 30 000 000 (tuga puluh juta) ——— (A)
Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh tengok termasuk mereka yang bukan friends. Gambar kita comel, tertarik dan menarik pula. Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa ——– (B)
(A) + (B) = 30 000 300 —— (C)
Baiklah. Mari kita teruskan.
Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment atau like, jadi kita tag kepada kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.) Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni) ada.
Ultraman Taro: 783 friends
Pikachu: 1339 friends
Keluang Man: 1565 friends
Doraemon Suka Dorayaki: 953 friends
Hang Tuah: 3210 friends
Donald Duck: 678 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144 friends
Tasmania: 653 friends
Vampire Hisap Darah: 1922 friends
Harry Potter: 2831 friends
Kerengga: 2101 friends
Kambenk: 1217 friends
Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)
Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta —— (D)
Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar. Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.
Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta
Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan. Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah (baca: belum bernikah) masing-masing. Perghh..tu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.
Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di’share‘ oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu. Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.
Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akau media sosial kita yang lain – Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr.
Serabut? Pening?
Tak perlu susah-susah nak kira lah kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?

Cik wanita, its time to wake up!
Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di FB.
Ehh, sekejap. Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay!
Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.
523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.
Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.
Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.

Selamat men’delete‘ gambar.

~Kredit kinaizzati.blogspot.com~