Pages

Friday, August 26, 2011

Betulkah Kita Tidak Menanggung Dosa Orang Lain??

Bismillahirrahmanirrahim.....
Telah tersebar satu fahaman bahawa manusia tidak menanggung dosa orang lain. Lalu ramai orang berpegang pada fahaman ini dengan menggunakan ayat di bawah:

….dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.? (Surah al-An`am 6:164)

Ayat ini sebenarnya membawa maksud seseorang yang melakukan dosa sendiri hanya akan menanggung dosa itu sendiri, orang lain tidak akan bertanggungjawab terhadap dosanya. Sebagai contoh anak zina tidak menanggung dosa zina oleh ibu bapanya.


Ayat ini juga merupakan hujah yang jelas kepada kaum kristian yang menganggap setiap anak yang baru lahir adalah berdosa kerana terpaksa menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Disebabkan itu mereka menyangka bahawa setiap anak yang baru lahir kemudian mati sebelum sempat bertaubat akan dimasukkan ke dalam neraka kerana anak itu dipenuhi dosa. Kenyataan ini benar-benar bercanggah dengan Islam.
Dalam Islam anak yang baru lahir adalah suci dari dosa. Meskipun anak zina atau anak orang kafir sekalipun. Namun apabila ayat ini disalah tafsirkan maka terbentuklah satu fahaman yang salah. Dan fahaman ini mungkin boleh menyesatkan. Mereka yang salah memahami maksud ayat ini mula menyangka bahawa:

Pemimpin tidak perlu menanggung dosa rakyat yang dibiarkan dalam maksiat,
Suami tidak perlu menanggung dosa isterinya,
Ayah tidak perlu menanggung dosa tanggungannya,
Sahabat tidak perlu menanggung dosa sahabatnya yang berbuat jahat atas permintaannya,
Wanita tidak perlu menanggung dosa orang lain yang melihat aurat yang sengaja dipamerkannya.

Kesemua fahaman ini adalah salah! Ayat di atas bertentangan dengan surah Al-Ankabut ayat 13:
 Dan sesungguhnya mereka akan memikul dosa-dosa mereka, dan dosa-dosa yang lain di samping dosa-dosa mereka sendiri itu…

Bagaimana ini boleh berlaku?
Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi menjelaskan:
Misalnya, saya datang kepada seorang yang tidak tahu minum arak, lalu saya pun memujuk dan merayunya hingga akhirnya ia ikut saya dan minum arak, ia tetap berdosa kerana ia telah bermaksiat kepada Allah dan telah minum arak. Dan saya juga berdosa, kerana saya telah menyesatkannya dan memujuknya untuk melakukan maksiat. Kalau tidak kerana pujuk rayu saya, tentulah dia tidak tahu minum arak itu.

Dari sini jelaslah, bahawa ayat pertama dimaksudkan dengan orang yang sesat dirinya sendiri, atau salah dirinya sendiri (Contohnya, minum arak seorang diri, tanpa ajak orang lain, maka dosa minum arak itu dosanya sendiri, orang lain tidak berdosa).

Adapun ayat kedua pula dimaksudkan dengan orang yang menyesatkan orang lain dari jalan Allah Taala, sebab itu ia juga akan menerima nasib yang sama seperti yang dilakukan oleh orang yang disesatkannya itu (contohnya, dia minum arak, tapi bukan sendirian, malah ajak lagi teman-temannya yang lain ikut sama minum arak, maka dia berdosa dan akan pikul dosa teman yang dia ajak itu).

Hujah bahawa pemimpin, ayah dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”. – Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad.

“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu adalah bertanggungjawab terhadap kepimpinan itu” – Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Shahih Bukhari dan Muslim.

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa sesungguhnya Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk (hidayah), maka baginya ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun, dan barangsiapa yang mengajak kepada dhalalah (kesesatan), maka (dibebankan) ke atasnya dosa sama seperti dosa orang yang megikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun”.
[Hadis Sahih Riwayat Muslim]

Contoh:
Berzina adalah berdosa. Yang menanggung dosa berzina itu ialah penzina itu sendiri. TETAPI apabila aktiviti zina itu dijadikan sebuah video lucah, terdapat beberapa orang lain perlu menaggung dosa kerana terlibat melakukan dosa seperti berikut:
1: Perakam video ~ Berdosa kerana merakam aktiviti zina.
2: Penjual ~ Berdosa kerana menjual video yang haram.
3: Penonton ~ Berdosa kerana menonton video lucah.

Dan si penzina tadi perlu menanggung dosa setiap orang yg melihatnya kerana dia membuatkan orang lain cenderung melakukan maksiat. Hal ini ada dijelaskan dalam hadis Rasulullah:
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian .”
(Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain Rasulullah menyebut: “Sesiapa yang membantu mempertahankan kezaliman, maka dia akan berada dalam kemurkaan Allah, sehinggalah dia meninggalkannya”. (Riwayat Ibnu Majah)

Saya beri satu contoh lagi:
Minum arak adalaha berdosa. Tetapi bukan hanya si peminum arak sahaja yang berdosa kerana arak itu, tetapi 10 golongan lain juga perlu menanggung dosa.
“Daripada Anas Bin Malik, dia berkata : Rasulullah s.a.w telah melaknat yang berkaitan dengan arak 10 golongan : iaitu yang memerahnya , yang meminta diperahkan, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dibawakan arak kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikannya” (HR. at-Tirmidzi)


Wallahualam.....

Pohonlah keampunan dari-Nya..semoga kita dihindarkan dari gangguan syaitan dari melakukan dosa-dosa..

~kredit Blog WanWma~

.SaLaM LeBaran.

Assalamualaikum semua..

Macam mane puasa??banyak mengumpul reward??Syukur Alhamdulillah diam tak diam dah masuk 26 Ramadhan kita berpuasa..Bagi yang dah tinggal tu cepat2lah ganti pas raye nie..jangan tunggu last minute baru nak ganti..(ehem2!ingatan ini adalah termasuk kepada diri penulis;p)

-jangan ganti posa last minute~

Hari ni, Jumaat 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadhan merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum pulang ke kampung terchenta!!So bila dah hari2 last nie kan..mula la mood pun tarak!yillek!!rakan2 opis pun ramai yang dah caucincau...hmmm..busan..busan..dan busan..
~balik kampong yey!!balik kampong yey!~

Kerja-kerja pun dah disiapkan awal,jadi taklah stress dengan kerja lagi,nk pk balik kampung lagi..korang dah siap packing baju nak balik kampung belom??mesti dah siap nie kan..semangat lah katakan!!ntah last week dah stat masuk ckit2 dalam beg kot..kan?kan??tu senyum2 tu mesti buat tuu..
~kelasss beg ko kiah..korang punye begini ke??~

Bila korang balik kampung??kalau ikut perancangan, aku, adik dan akak akan balik pagi sahur nanti..Mudah-mudahan jalan tak la begitu jem (ayat sedapkan hati sebab dah tau mesti jem)..sebab aku yang akan drive..huwaaa..tak larat tul kalau jem tuh..gerammm je..
~macam nie ke jem nanti??~
Diruangan ini aku mengambil kesempitan  eh! kesempatan mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman..hati-hati drive..jangan potong Q tau!nanti kena sumpah seranah (aku ler tuh yg sumpah)

~amaran!!jangan nak potong Q jika taknk kena sumpah~

~cegah sebelum parah..ingat orang tersayang~

Selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf andai ade kekasaran bahasa,pertuturan,perbuatan yang disedari atau tidak..maap tau!!hehe
jemputlah datang ke rumah!!
selamat hari raye!!

 ~jangan makan berlebihan~

Friday, August 19, 2011

Mukjizatnya Azan

Pesanan kepada diri dan jua kawan-kawan semasa mendengar Azan..

Kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lah lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.


Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”

~kredit : OhIslam~

Tukang Masak Bukan Islam

Tidak ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama-mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM di makan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.

Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.
Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal. Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-


Orang Kafir Najis
Firman Allah S.W.T.
“Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis…..” [Surah al-Taubah : 28]
Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran didalam ayat di atas bermaksud ketidaksucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.
Berkata Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi :-

Kenajisan orang musyrikin adalah Najis Ma’nawiyah, melainkan ada segelintir fuqaha’, seperti Zaidiyyah dan Zahiriyyah mengatakan orang musyrikin dan kufar adalah najis hissiyah”.
Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.
Malah kata al-Qaradhawi di dalam riwayat Sahih bahawa Nabi saw dan para sahabat pernah minum dan mengambil wudhu’ dari bijana orang Musyrikin. Baginda juga makan makanan hidangan orang kafir.
Dr Khaled Muhammad Abdul Kadir, pensyarah Universiti Lebanon menyatakan bahawa adalah dibenarkan lelaki Islam beristerikan ahli kitab, mereka boleh bersentuhan, baik ke atas alat-alat perabot ataupun pakaian mereka. Suami juga boleh makan makanan yang disediakan oleh isteri ahli kitab dan boleh menggunakan pinggan, mangkuk dan gelas yang sama. Jelas ini menunjukkan kenajisan mereka bukanlah fizikal badan mereka.
Kesimpulannya, jumhur ulama’ mengatakan maksud orang kafir itu najis adalah kepada aqidah mereka yang tidak suci, dan bukanlah fizikal badannya sehinggakan batal wudhu’ jika menyentuh mereka.

Kesimpulannya, anda boleh makan makanan yang dimasak oleh orang kafir selagi mana kandungan makanan tersebut halal dimakan. Sentuhan orang kafir BUKAN najis. Yang berbeza dengan kita hanyalah aqidah mereka sahaja.
Wassalam

~kredit : OhIslam~

Tuesday, August 16, 2011

Keajaiban Kurma

Kurma tidak memindahkan bakteria dan mikroba, dan bahawa ulat yang ada di dalam kurma lama boleh memusnahkan amoeba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.
Seandainya tidak kerana kurma dan kopi Arab, nescaya penduduk Semenanjung Arab akan diserang pelbagai penyakit yang tidak diketahui hujungnya kecuali oleh Allah SWT. Serbuk sari kurma dapat mengubati kemandulan wanita.
Makanan dan ubat yang paling penting bagi para angkasawan adalah kurma, dan bahawa kurma lebih sihat daripada kaviar.
Sabut pohon kurma adalah pembersihan yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya daripada penyakit-penyakit kulit.
Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih.
Kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia boleh menggiatkan kalenjar dan menguatkan saraf.
Setiap 100gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang dikandung oleh setiap 100 gram madu.
Makanan yang paling baik yang dimakan oleh pejuang dalam perang adalah kurma, kerana kurma membekalkan dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenalnya sehingga dia menjadi seorang pemberani yang tidak takut akan kematian
Ada satu jenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya
Ada 450 jenis kurma di seluruh dunia
Kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana mengandungi zat besi dengan kadar yang tinggi
Kurma dapat menguatkan rahim saat melahirkan kerana mengandungi hormone pitosin yang berkhasiat menetapkan proses melahirkan
Kurma dapat mencegah radang kerana mengandungi antiseptic dan antirematik
Kurma mengandungi kadar yang bagus dari serat yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah konstipasi
Kurma dapat melindungi usus besar dari kanser
Jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah 'ajwah Madinah, Razizi, dan rabi'ah
Jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha `il, kerana setiap 100 gram daripadanya tidak mengandungi lebih daripada 67 kalori
Jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral-mineral dan vitamin adalah rabi'ah Madinah yang mengandungi kadar yang tinggi dari potasium dan besi
Kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan perseorangan-perseorangan yang tidak memerlukan proses pencernaan
Kurma dapat mengurangkan ketegangan saraf yang disebabkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampaui batas
Kurma dapat mengurangkan rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa
Kurma dapat mempersiapkan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi
Kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci buah pinggang
Kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf
Kurma basah boleh menurunkan tekanan darah bagi para perempuan hamil dan menormalkannya pasca melahirkan
Kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandungi banyak unsur mineral, seperti fosforus, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin
Kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging
Kurma dapat memelihara kelembapan dan kebinaran mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari
Kurma boleh melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan jangkitan
Kurma membekalkan tubuh dengan besi yang diperlukan oleh darah dan fosforus yang membantu proses berfikir
Kurma boleh membantu menenangkan dan mendamaikan jiwa sehingga diresepkan bagi orang yang berpenyakit saraf dan bertemperamen tinggi
Memakan kurma sebelum makan pagi boleh membunuh cacing.
Kurma dianggap sebagai makanan yang paling baik di daerah Sahara kerana dapat disimpan di dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan.
Di kalangan penduduk Sahara dan Oasis tidak menghidap peyakit kanser, kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan pokok.

Pada pertengahan kedua abad ke-20, para ahli mengungkapkan adanya asid amino yang lain pada kurma. Dan yang paling penting dalam asam ini adalah glutathione sebagai antioksidan. Ternyata, bagi 100 gram (7 kurma) boleh memberikan lebih dari 350 tenaga. Jadi, nilai gizi kurma hampir sempurna. Kurma adalah rezeki beruntun yang datang terus-menerus dan tidak terputus sebagai rezeki dari Allah SWT untuk umat manusia.

MaasyaaAllah Laa Quwwata Illa billaah..


p/s-jgn makan kurma bila bulan puasa je ye!

Friday, August 5, 2011

~Ramadhan Yang Ku Nanti~

Asslamualaikum kawan-kawan..thanks sebab sudi nak baca blog nie..Amacam puasa??penuh lagi tak??ke dah ada yang tinggal atas sebab-sebab keuzuran??

Hari ni nak kongsi sikit ilmu yang tak seberapa nie..tadi pagi ade Majlis Ilmu..penceramah nya Yg. Bhg. Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz..aku dan kawan-kawan opis terlambat ckit nk pegi tadi..masuk2 dewan je Subhanallah..dewan dah penuh..biasanya tak penuh..Alhamdulillah..kami pun duduk jela kat lantai..tak penah lagi la ceramah yang biasa nya ade la 2,3 kerat orang nak hadir hari ni tpaksa duduk atas lantai..

Tajuk ceramahnya RAMADHAN YANG KU NANTI..mmg banyak la ilmu baru yang aku dapat..tambah la ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi bab-bab agama nie..Alhamdulillah..

Ceramah 2 jam pun tak ngantuk sebab seronok dengar Ustaz bercakap dengan lawak-lawaknya..

So nak kongsi la mana-mana yang boleh dikongsi..tentang kelebihan bulan Ramadhan

~ ketahuilah kita bahawa malam Lailatul Qadar adalah pada  10 malam yang terakhir iaitu pada malam-malam ganjil..(malam 21, 23, 25, 27 dan 29)..tapi jangan la plak kita kejarkan 10 malam terakhir sahaja sebab 10 malam pertama adalah mulanya Rahmat, 10 malam pertengahan adalah malam Pengampunan..


~ Tido dibulan Ramadhan dihisab sebagai ibadat..bulan Ramadhan sahaja ek..tetapi bukanlah tido yang melampau-lampau..


~ Manakala berdengkur semasa tido pula dikira sebagai Zikir..Masyaallah..kalau dah tido dikira berzikir, kalau kita berzikir??renung-renugkan lah..


~ Mendengar ceramah agama/ilmu dikira sebagai ibadat dan diam atau tidak bercakap-cakap kosong semasa menghadirinya juga dikita sebagai Zikir..


~ Bulan Ramadhan dapat menghapuskan dosa-dosa lalu jika kita melaluinya dengan penuh keimanan


~ Orang yang berpuasa penuh, tetapi tidak sembahyang seolah-olah ia berpuasa yang sia-sia


~ Ramai ibu bapa sekarang menyuruh anak-anak puasa sedangkan tidak menyuruh mereka solat..sedangkan solat itu telah dinyatakan dalam Al-Quran


~ Orang berpuasa akan berbuka puasa, tetapi ada orang yang tidak puasa bebuka sekali..betul tak??


~ Kita seringkali ingat bulan puasa syaitan diikat. Tapi tahu kah kita bahawa syaitan itu tetap ada untuk menggoda umat Muhammad s.w.t??cuma ia akan lemah jika semua umat Islam berpuasa dengan penuh keimanan dan menghayati erti puasa..ini ada yang sekadar puasa menahan lapar dan dahaga sahaja..


~ Orang yang terlepas seksa kubur..hanya 3 golongan ;-
   i)   Orang yang mati syahid
   ii)  Tukang azan
   iii) Orang yang mati pada hari Jumaat dan dikebumikan pada hari Jumaat


~ Doa yang paling mustajab adalah doa orang yang berpuasa dan memenuhi syarat-syarat berdoa (tertibnya,yakin,keadaan dll). tak kira puasa apa


~ Sembahyang di masjid: bergantung kepada keadaan..jika lebih baik di rumah, lakukan di rumah


~ Sembahyang terawih: sembahyang sunat yang disunatkan pula untuk berjemaah..


~ Sembahyang Witir: sembahyang penutup hari tersebut..jika selepas kita sembahyang Terawih, kita nak buat pula sembahyang sunat tahajud pada kul 3 pagi, witir hendaklah dibuat selepas sembahyang sunat Tahajud tu..


~ Membawa anak-anak (yang belum baligh) ke masjid bagi melatih mereka sembahyang: Sebenarnya saf akan terputus dan kuranglah fadhilat saf tersebut. Oleh itu tempatkan anak-anak disaf yang paling hujung (kiri atau kanan) atau paling belakang..


~ Untuk melembutkan hati anak bagi mendengar kata bacalah Surah Taaha (sebut Toha) ayat 1-6 semasa anak-anak tido dan ditiupkan ke ubun-ubun anak..boleh gak untuk suami atau isteri..

okeh..itu sahaja nk dikongsikan..harap leh menambah ilmu kawan-kawan..sampai jumpa lagi!!
yang baik datang dari Allah, yang lemah dari diriku ini
~Wassalam~
 Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz

Kelebihan Surah Yassin

Assalamualaikum semua...
sedar tak sedar dah masuk hari ke-5 kita berpuasa..sungguh cepat masa berlalu..Semoga Allah memangjangkan umur kita untuk meneruskan Ramadhan hari-hari mendatang..Insyaallah..

okey..hari Jumaat nie kan rehat panjang ckit..so sambil-sambil membaca blog-blog lain elok gak nak kongsi dengan kawan-kawan fadhilat kita membaca Surah Yassin..selain menjadi panduan pada diri ku sendiri..

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,

"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:

"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

~wallahu'alam~

sumber dr blog:
umar-alfarouk.blogspot.com

Monday, August 1, 2011

Maharban Ya Ramadhan

Alhamdulillah..syukur kerana kita masih dipanjangkan umur untuk menambahkan pahala, meningkatkan ibadah dan merasai kemuliaan di bulan Ramadhan tahun ini..Alangkah bertuahnya kita..ada di kalangan saudara sesama Islam kita yang pergi meninggalkan kita..tak sempat merasai bulan seribu bulan tahun ni..Al-Fatihah buat mereka..semoga mereka dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Esa..Ameen


Puasa tahun ni aku dapatlah berbuka di rumah sendiri..Alhamdulillah..selama 2 tahun mula 2009 aku dan sahabat2 lain berbuka di Fakulti je..so start cuti panjang sem (sampai raye) nie aku leh la masak2 utk bebuka puasa..seronok la dpt buka pose ramai2..selama ni pun ramai2 gak..cuma feel bila bersama family tu lg terasa lah..;p


ok..ape2 pun..selamat menjalankan ibadah puasa..
~tingkatkan amalan, kurangkan umpatan~


jgn curik2 mkn ye!!