Pages

Wednesday, July 14, 2010

Berkorban Apa Saja..

Sanggupkah kita berkorban?


Untuk kita menjadi orang yang berjaya dalam hidup, kita perlu bersedia untuk berkorban. Selepas bersedia untuk berkorban, kita kena sanggup untuk berkorban bila-bila masa, berkorban apa saja.
Berkorban maksudnya kita sanggup melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.
Jalan menuju kejayaan serta kecemerlangan memang sukar, memerlukan pengorbanan – pengorbanan masa, pengorbanan tenaga, pengorbanan duit.
Berkorban bukan untuk kepentingan diri kita sendiri saja tapi untuk kepentingan orang lain, kepentingan bersama.
Jika diamati erti sebuah kejayan, ia adalah gabungan pengorbanan individu digabung dengan pengorbanan bersama orang lain.
Kita memerlukan orang lain untuk berjaya kerana kita memerlukan sokongan mereka, kata-kata semangat dari mereka, suntikan inspirasi dari pengorbanan mereka demi kejayaan kita.
Soalnya sekarang, kita kena sediakan diri untuk berkorban, kerana kita akan dipaksa oleh situasi untuk berkorban bila-bila masa, di mana-manapun jua.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan kita perlulah berkorban..renung-renungkan..fikir yang terbaik untuk diri dan orang yang kita sayang..

Sumber-www.imotivasi.com