Pages

Wednesday, March 23, 2011

Info Tentang Sinaran Radioaktif

Ancaman kesihatan akibat kesan sinaran terhadap masyarakat Malaysia
  • Tiada sebarang petunjuk kesan sinaran di persekitaran Malaysia setakat ini. Kesan sinaran terhadap kesihatan bergantung kepada keadaan cuaca seperti angin dan hujan serta jarak dari sumber sinaran tersebut. Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) buat masa ini sedang memantau paras partikel radioaktif di persekitaran Malaysia.
  • Debu sinaran boleh berpindah melalui tiupan angin tetapi kepekatan bahan radioaktif akan berkurang sepanjang perjalanan memandangkan kedudukan Malaysia yang berada pada jarak 5,000 km dari tempat kejadian. Kerajaan Jepun telah menggesa penduduk yang tinggal di dalam lingkungan radius 30km supaya berpindah ke tempat lain.
Apakah sinaran mengion (ionizing radiation
  • Penguraian atom tertentu menghasilkan sejenis tenaga yang dikenali sebagai sinaran mengion yang boleh bergerak sebagai gelombang elektromagnetik atau sebagai zarah. Atom ini disebut radionuklida (radionuclides).
Apakah jenis pendedahan sinaran yang terdapat di sesebuah loji nuklearListen
  • Loji nuklear yang rosak dapat mengeluarkan radionuklida seperti jenis Cesium dan Iodin Radioaktif.
Bagaimanakah seseorang boleh terdedah kepada sinaran mengion 
  • Pendedahan mungkin berlaku secara luaran atau dalaman (melalui pernafasan atau tertelan bahan radioaktif).
Apakah kesan kesihatan akibat terdedah kepada sinaran 
  • Kesan hanya dirasai apabila melebihi tahap dos aras ambang (threshold dose)
  • Kesan akut termasuk kulit menjadi kemerah-merahan, keguguran rambut, kesan terbakar akibat sinaran dan sindrom sinaran akut
  • Pendedahan kepada sinaran meningkatkan risiko mendapat kanser
Bagaimanakah cara untuk melindungi diri 
  • Dapatkan maklumat terkini daripada kementerian atau agensi yang berkaitan dengan situasi semasa.
  • Mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi terbabit
Adakah saya memerlukan pil kalium iodida 
  • Pil kalium iodida diberikan untuk menepukan kelenjar tiroid supaya  mencegah penyerapan iodin radioaktif oleh kelenjar tiroid. Tindakan ini dapat mengurangkan risiko mendapat kanser.
  • Anda tidak perlu mengambil pil kalium iodida kerana kemungkinan terdedah kepada kesan sinaran adalah sangat sedikit pada waktu ini. Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan peringatan dari masa ke semasa.
(sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

No comments:

Post a Comment