Pages

Friday, July 26, 2013

Sambal Belimbing Rebus a.k.a Sambal Hitam.

Assalamualaikum semua..

Belum terlambat kot nak ucapkan selamat berpuasa..diam tak diam dah masuk 17 Ramadhan 1434H dah harini..dah abis separuh kita berpuasa..Alhamdulillah..semoga kita diberi peluang untuk menempuh sebulan Ramadhan ini..Amin!

Ok, ni nak citer pasal resepi warisan orang Lipis @ Lepeh la cakap kampung nye..iaitu Sambal Belimbing Hitam atau belim bing rebus..masa bulan puasa nie ntah macam mane sambal nie laku plak..mula2 saje bawak bagi kawan2 rasa..pastu makin ramai plak yang suka makan, dan terus lah bines kan..

Sambal nie sedap dimakan pada waktu bersahur. Yelah, orang masa sahur mane la nak selera sangat makan kan..dapat sambal nie, goreng telor, taruk kicap ckit, settle!!mesti bertambah makan..pehhhh..lapor plak perut citer pasal nie..heh heh.. :)

Pada yang tak tau, nie nak share ape ke benda la Sambal itam nie..nak layan gamba ke, nak layan baca??mesti ngantuk kan posa2 nie nak baca?hee..tauuu dahhh..

ok,layan lah gambar-gambar nie ek!!

nie la ropa belimbing buluh..kot-kot ada yang tak kenai

 
buah nie bermusim,so time bebuah tu memang tersangat banyak!
 
 
bila dah ambik, kenalah bersihkan ye..buang tampuk,tangkainye tu..letih la nak wat..:\
 
nie yang dah siap dibersihkan
 
 
kami masukkan dalam kawah sbb terlalu banyak..
 
kalau sikit leh masukkan dalam periuk atau tin biskut ke ape
  
proses merebus
 
rebus lagi dan lagi..lama tau!

haaaa..tgk, yang banyak tadi dh tinggal banyak nie je..nie dalam 7-8 jam kot rebus
 
dh kering betul-betul baru masuk dalam balang atau pack macam nie utk dijual..beli laaa!!:)
 
bahan-bahan untuk wat sambal nye
 
 
 
tumbuk je semua bahan-bahan kat atas tadi, pastu goreng dengan minyak macam menumis..tunggu kering dan garing..inilah hasilnyaaa..sedaappppp!!!
 
 
so..dah paham dah sekarang ape sambal belimbing itam tu?sebelum jadi sambal,kena la wat belimbing hitam tu dlu..tu yang kami orang Lepeh panggil belimbing rebus nie..kepayahan dan kecerewetan nak membuatnya tu lah yang menyebabkan harganya mahal sikit. tapi kita guna tak banyak pun untuk wat sambal tu..dalam dua sudu besar camtu je..so tak rugi pun nak beli..belimbing rebus tu plak bleh simpan lama..lama mane?lama la!!tak tau nak cakap sebab kami memang simpan lama..
 
Sambal tu plak kalau betul-betul masak garing dan kering pun leh simpan kat luar je dalam seminggu masih elok..lebih dari tu elok gak kot!sebab tak sempat tahan seminggu dah liaw kena makan..haha..
 
oklah..lapar la citer pasal nih..cau la dulu..sape nak beli??rogerlah..haha
 



 
 




Tuesday, July 9, 2013

~Seakan-akan pengganti~

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak mencoret di sini selepas kehilangan arwah tahun lepas..diam tak diam dah lebih setengah tahun mak pergi..Al-Fatihah..rasa dia masih dengan kami..Ya Allah, engkau lebih menyayanginya..

Ok!lupakan segala kedukaan, bukak buku baru..Alhamdulillah syukur sangat-sangat aku telah selamat melahirkan seorang puteri yang sihat dan kuat pada 15 Februari 2013..ingat boleh sama tarikh dengan abahnye, selang 3 hari jela..tak kisahla, yang penting aku dah selamat..syukur padaMu Ya ALLAH!

Baby aku lahir kat hospital Kuala Lipis Pahang..mcm2 dugaan la..sepanjang mengandung nie..so kat2 nak last pun ada lagi..aku kena kayap plak..tu yang bersalin awal..kebetulan time tu cuti raya cina..terus la raya dengan baby terus..haha..

Pasal jantina tu mmg suprise..tak sangka dapat baby gurl..kira mcm pengganti wan dia (arwah mak) la nie..ALLAH tu mmg Maha Adil lagi kaya..pergi satu, dia ganti satu..

so, takyah cite panjang2, layan gamba jela.. Opss!!nama dak tecik yang dah tk bape nak tecik nie UMAIRAH..itu jela..tak payah nak eja panjang berjela2 mcm anak-anak sekarang kan..simple2 sudaaaa..

Sekarang dah nak masuk 5 bulan..so dah 5 bulan jugalah aku menjadi seorang Ibu..chewaaahh..tak sangka la dh bergelar mak sekarang nie..mula2 dulu tersasul gak membahasakan diri ni Makndak (panggilan utk anak2 sedara) dengan anak sendiri..heh heh..tak biasa lagi..sekarang dah ok laa..tu pun ade gak yang tersasul (^_^)




 












ckit2 jela ek..mcm2 gaya..tp yg byknye tidooo jela si comei nie..

Wednesday, January 2, 2013

.2012 & 2013 Kedukaan diganti sinar gembira

Assalamualaikum w.b.t

Selamat memasuki tahun baru 2013. Semoga segala azam dan perancangan 2012 dicapai dan 2013 dimulakan dengan langkah baru..sama-sama memperbaiki kelemahan diri sendiri,kuatkan iman menempuh onak kehidupan ini.

Syukur masih diberikan kesempatan bernafas di bumi Allah ini. Semoga aku dan semua ahli keluargaku berada dibawah lindungan serta rahmat Allah s.w.t..

2012 pergi meninggalkan suka dan duka..Semuanya ditempuh dengan tabah dan penuh keredhaan, menerima takdir Qada' dan Qadar..kita hanya merancang dan berusaha, hanya DIA yang mengetahui dan sebaik2 perancang.

2 hari selepas pemergian arwah makcik menemui Penciptanya, sepupuku selamat melahirkan baby boy yang superb besar..4.6kg tuh!!tahniah dah bergelar ibu dan semoga menjadi ibu yang baik. Kehadiran superb baby nie sedikit sebanyak menceriakan keluarga mereka yang baru sangat kehilangan orang tercinta. Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang beriman dan taat kepada agamanya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Kuasa..DIA yang memberi kedukaan dan DIA jugalah yang menggantikannya dengan kegembiraan..

Subhanallah..

 Arwah mak dan makcik..Ya Allah,cucurilah rahmat ke atas mereka..

Sepupu dan arwah makcikku serta superb baby
 


Monday, December 31, 2012

~Penutup 2012~

Assalamualaikum w.b.t..

Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang..

Ingatkan kehilangan bonda tercinta pada 23 November 2012 merupakan penutup tahun 2012 dalam keluarga ku..rupa-rupanya ada lagi kisah duka sebelum berlabuhnya tirai 2012..

Pada 27 Disember 2012 sekali lagi kami kehilangan insan tersayang..Makcik @ adik arwah mak yang sakit (dalam entri sebelum nie) pula menemui Penciptanya..tak sampai 44 hari arwah mak pergi, dia pula menyusul. Sudah takdirnya..kami redha..cuma tidaklah disangka secepat ini..

Anak sulung arwah makcik yang sarat mengandung melahirkan anaknya 2 hari selepas kematian arwah. Memang indah perancangan-Mu Ya Allah..sempatlah dia memandikan arwah maknya dan uruskan segala urusan pengebumian. Patutlah tak bersalin-salin walau dah lebih dari due date. Sesungguhnya Allah itu Maha adil..Dia tarik satu dan bagi satu kepada keluarga arwah..



gambar terbaru dan terakhir - ketika perkahwinan ku

menyambut hari jadi bersama arwah mak
 
Al-Fatihah..semoga arwah makcik @ anyang ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh..Amin..

Friday, December 7, 2012

~2012..Suka dan Duka~

Assalamualaikum..lama rasanya tidak mencoret di laman nie..last Jun haritu..pastu memang tak pernah bukak lagi..dalam tempoh 6 bulan nie je mcm2 yang berlaku..tulah..hidup nie hanya sementara. esok pasti ada, tetapi esok belum pasti untuk kita..

2012 bakal menutup tirai..2013 bakal menjelma pula..apa yang bakal terjadi..Waallahu'alam..DIA yang Maha mengetahui segalanya.

2012 meninggalkan banyak kenangan,memori dan episod sedih dalam diari hidup nie..

Segalanya bermula dengan kegembiraan, perancangan yang teratur dan di akhirnya episod sedih bermula..
Subhanallah..Maha Suci Allah..sesungguhnya tidak sekali2 Allah menduga makhluknya melainkan dia mengetahui mereka boleh menerimanya..

Seawal tahun 2012 semuanya bermula seperti dirancang..sepupuku yakni merangkap adik beradik sesusu melangsungkan perkhawinan..Alhamdulillah dalam kesibukan itu dan ini, majlis dia berjalan dengan lancar..

Merangkak Mac 2012, aku pula menukar title Cik kepada Puan..dan syukur ke hadrat Ilahi, semua juga berjalan lancar..terima kasih ya Allah!

2012 diteruskan seperti biasa..msuk Jun 2012 mak mengadu Tiroid di lehernya makin tak selesa kerana makin membesar dan menyukarkan dia nak makan. So kami adik beradik plan bwak ke Hospital Putrajaya sebab aku kerja kat sini dan ramai kakak2 lain pun tinggal area sini jugak..
Dari situ bermulalah rawatan untuk mak..biasalah, masa jadi lama sebab nak dapatkan tarikh appoiment dan sebagainya..mak dah bermusafir di rumah aku on dan off bila takde appoiment akan balik kampung.

Julai 2012 aku pulak alah2 yang teruk sbb pregnant..dalam cbuk2 uruskan maknye tarikh dan rawatan ke hospital..sepanjang alah tu aku dah macam kain buruk..makan takmo,minum pun idak..mak plak yang jaga aku..mujurlah..

Itu ini, itu ini, bulan 10 baru mak dapat tarikh untuk bedah buang tiroid nya tu..Waktu tu doc cuma cakap maybe kanser sebab mak dah bwak lebih 30 tahun tiroid nie kat leher dia..disebabkan ingat bila buang benda besaq kat leher tu mak akan dapat makan seperti normal, kami bersetuju pembedahan dilakukan..

2/10/2012 pembedahan selama 6 jam berjaya dilakukan untuk membuang benjolan di leher tu..cantik dah leher mak..
tapi..mak still tak bleh makan..terpaksa pakai tiub masuk ikut hidung untuk makan..hanya leh bagi susu..dan mak asik terbatuk2 keluarkan air liur..masuk minggu ke 2 selepas operation, dia still mcm tu dan tkde ape2 perubahan positif..hari ke hari mak mengadu sakit..

3 minggu selepas mak operate, doc panggil kami bgtau kanser yang mak hidap tu jenis yang paling jahat dan merebak paling cepat..ANAPLASTIC TIROID CANSER. namanya cm baik, tapi merebak dengan cepat pada pengidapnya..
Mula2 doc cadang wat RAI (Radio Active Iodin) pastu tak jadi sebab kanser tu dah g ke paru-paru. Doc cadang plak wat Radio Terapi di HKL..tapi kena tunggu Q dan tarikh dari HKL..

Dalam tempoh tunggu dapat date dari HKL, mak tak semakin baik..tengok mak tak selesa dengan tiub di hidung, kami cadangkan tiub di perut (PEG tube) bagi mak makin selesa..tapi kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan..

Seminggu pas pakai PEG tiub, mak pergi buat selama-lamanya..tanpa sempat rawatan susulan..pergi berjumpa Maha Pencipta..Innalillah..

Dalam tempoh arwah mak sakit, adik arwah mak yakni makcik aku pula sakit..disahkan kanser salur hempedu..sekarang masih di Hospital Selayang, baru wat pembedahan. dia yang sebelum nie tak pernah sakit dan masih kuat, tup2 dapat kanser..aku doakan makcik akan sembuh dan anak2nya tabah mengharungi dugaan ini.

Sesungguhnya semua yang terjadi nie dah tertulis dari awal oleh-Nya.Kita sebagai hambaNya kena menerima dugaan yang datang dengan sabar..

Walaupun sedikit terkilan sebab mak tak sempat tengok cucu dia yang dalam peyut nie, tapi aku bersyukur sebab Allah memberi peluang aku menjaga arwah mak semasa dia sakit..yang mana bukan semua orang dapat peluang tu..

Kalau kita fikir kita nye ujian dah berat, ingatlah ada orang yang lagi berat tanggung ujian dalam hidupnya. Allah tahu yang terbaik buat hamba-Nya.


Dan aku terpikir jika semua episod duka ini terjadi di awal tahun 2012, pasti selepas itu tiada cerita gembira untuk dikongsikan lagi tahun 2012..sesungguhnya cantik dan indah perancangan Allah untuk hambaNya..Subhanallah..

Semoga arwah mak tenang bertemu Penciptanya di sana..hanya doa dapat diberikan untuk kedua orang tua ku..Amin Ya rabb..


 Al-Fatihah..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah mak