Pages

Monday, August 1, 2011

Maharban Ya Ramadhan

Alhamdulillah..syukur kerana kita masih dipanjangkan umur untuk menambahkan pahala, meningkatkan ibadah dan merasai kemuliaan di bulan Ramadhan tahun ini..Alangkah bertuahnya kita..ada di kalangan saudara sesama Islam kita yang pergi meninggalkan kita..tak sempat merasai bulan seribu bulan tahun ni..Al-Fatihah buat mereka..semoga mereka dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Esa..Ameen


Puasa tahun ni aku dapatlah berbuka di rumah sendiri..Alhamdulillah..selama 2 tahun mula 2009 aku dan sahabat2 lain berbuka di Fakulti je..so start cuti panjang sem (sampai raye) nie aku leh la masak2 utk bebuka puasa..seronok la dpt buka pose ramai2..selama ni pun ramai2 gak..cuma feel bila bersama family tu lg terasa lah..;p


ok..ape2 pun..selamat menjalankan ibadah puasa..
~tingkatkan amalan, kurangkan umpatan~


jgn curik2 mkn ye!!

Friday, July 1, 2011

~Aku, Family dan Sabah~

Haluuuuuu...
selamat ketemu baaa..!!lama suda tak mengarang dalam kt cnie..bz..bz..bz..
Baru-baru nie aku dan family ke Sabah..vacation yang dah diplanning tahun lepas..syukur Alhamdulillah semua berjalan lancorrr..
meninggalkan semua kekusutan di Semenanjung dan merehatkan minda di sana..beronot2 sungguh!!!!
many thanks kepada sahabat lama yang byk membantu kami di sana..tanpa dia, payah gak la perjalanan kami..tq,tq,n tq!!!
so nie beberapa pic utk kenangan dari beratus2 pic yang disnap..hehe..
n-joice!!!!

~Gunuing Kinabalu very de chantek!~

 we are here!!!

 lalalala...

~ smileee~

~ me n mok~
 ~me n RT9~

 @ Sabah Tea

~Posing jgn tak posing~

 "ouch!ouch!!walawehh!!sakit weh..cmne nok posing??"

 "ngggeeee..tahan jela sakit ckit..posing tetap posing"

"ikan pirana ke ape??kebulur tahap gaban!"


~last dinner kt tepi pantai~ 

 ~wit kak teri n adam~

 ~ku menanti~

~nakal tul muke~

@ Perdana Park..tgk lampu menari...

 ~sweet memories~

tata Sabah~moga ketemuk lagik baahh!!!:)

Thursday, June 2, 2011

~Hati-hati minum Sunkist~

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli minuman SUNKIST LEMON JUICE, SUNKIST LEMON JUICE DRINK WITH ALOE VERA PULP, SUNKIST ORANGE JUICE DRINK, SUNKIST ORANGE JUICE keluaran Country House Inc., Taiwan dan produk UNI-PRESIDENT ASPARAGUS JUICE keluaran Uni-President Enterprise Corparation Taiwan yang dicemari oleh bahan kimia DEHP


Hati-hati..Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh-Nya..

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


a. Nombor 7





b. Nombor 7 dan PC






c. Nombor 7 dan ‘other’






Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.


4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.


Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
~Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia~

Tuesday, May 31, 2011

RISAU..RISAU..RISAU???!!!

Risau punca STRESS!!

Pernahkan kita risau??mesti lah pernah kan?Stress plak??lagi lah penah kan?

Punca Stress atau tension datangnya dari kita "risau" kan sesuatu. Bila selalu RISAU, akan menyebabkan datangnya penyakit..
Kajian mengenai RISAU mengatakan...

40% orang risau akan sesuatu, tetapi apa yang dirisaukan itu tidak menjadi pun
30% orang risau akan perkara-perkara yang lepas yang tidak boleh diubah pun
12% orang risau tentang kesihatan
10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
4% orang risau tentang perkara yang akan datang yang kita tidak dapat mengubahnya
Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!

Jadi, next time bila risau dan terasa stress, tengok balik di % manakah kita..

Jangan terlalu risau pada perkara yang tidak sepatutnya..nanti mendatangkan penyakit..

Senyum2 selalu!!:)