Pages

Tuesday, February 22, 2011

~Jangan Terpedaya~

Salam guys..
Lama dah tak nulis2 nie..
tp nie kes yang patut aku kongsi dengan korang semua..Sharing Is Caring kan??
Nie pasal kes tipu2 barang nie..al kisah kawan baik aku terkena dengan taktik jualan satu syarikat nie..
dari niat nak dapat beg percuma, trus terkena racun+pujuk+lakonan untuk dia membeli barangan keperluan rumah..
Syarikat nie @ geng jualan nie biasanya akan buka kiosk di Hypermarket2..yang kawan terkena nie kat Giant Seri Kembangan..
Kes nye bermula bila dia ditawarkan satu beg percuma. Kedai nie betul2 duk depan orang nk ambik troli untuk masuk ke Giant..so bila nk bg mende free sape yg nak tolak kan??
Then bila dh makan umpan..dorang bawak member nie untuk sedikit soal selidik..isi borang ala2 survey la..tup2 dalam beg tu ade lak baucer..bila di buka..WOWWWW!!dapat barang baekkk pnyer dgn baucer RM50. Kira member dah rase 'BERTUAH' la nie..orang tu plak wat2 baucer tu tersalah cetak dan berlakon bagai nak rak telefon sana sini nak sahkan baucer tu..hamboi..kemain lagi ek..
Member pun taknak la lepaskan peluang nie..so syarat dia nak dapatkan barang tu dengan beli satu barang yang dorang jual..kedebak..kedebuk..dan tanpa pikior panjang..beli la barang yang paling MURAH = RM2800++ untuk dapatkan 2 barang yang dikatakan PERCUMA tu..logik tak??hadoiii..barang-barang tu plak vacum, pengurut kaki, dan induction cooker..
Selepas kejadian bila member cerita pada aku..ape lagi..bambu la dia kata byk dah org yg BERTUAH cam dia terkena taktik yang sama..
So bila disiasat dalam blog2, rupa-rupanya byk lagi org kt luar sana yg penah kena..
So member wat report polis untuk bawak kes nie ke Tribunal Pengguna.. Tapi atas kecekapan pihak Polis, dorang g kat Giant tu, then soal siasat kedai tu..hari tu jugak orang syarikat tu telefon member suh datang esoknya untuk pulangkan barang dan ambik duit..
Tengokkk..mmg sah2 syarikat tu pembohong..sbb polis datang dan takut kami bawak ke Tribunal, dan2 dia nak bayar balik..
So, tadi aku g la temankan kwan aku nie..so dia dah dapat duit dia..syarikat tu bagi cek..dah bank in pun..Syukur Alhamdulillah..

So moral of the story:-

- Jangan bulat mata bila org nak bg benda free, sbb takde benda free dalam dunia nie kecuali dari Nya..
- Hati2 bila g ke Giant / Carefour dan Hypermarket tu

- Bila dah terkena, cepat repot polis @ ambil tindakan  yang betul.. Jgn main diamkan diri dan nyesal je

- Jangan percaya kat bangsa sendiri sbb dorang la yang akan mempedaya kita

- Nie kes ala-ala gores dan menang, tapi dorang tukar taktik plak

- Tgk kemampuan sendiri..kalau tak mampu, jgn singgah mane2 yg akan membuatkan hidup anda penuh KESALAN..hahaha..

- Beringat bila tgk jenama nie : "KITCHEN QUEEN"




nie la contoh barang-barang yang syarikat tu jual..so berhati-hati la korang ek!